Patrick menge-tag Domo.

assalamualaikum bumi Allah.

apa khabar kamu yang tumbuh melata di atasnya ?
apa khabar kamu yang memijak tanah di atasnya ?
apa khabar kamu yang berpijak di jalan Allah ?

*baik sahaja, Alhamdulillah, tiada puji selain bagi-Nya.

_____________________________________________.

sebenarnya sangat terasa malas untuk buat entri baru. almaklum, sekarang musim exam (walaupun sebenarnya budak unit TESL Persediaan Ijazah IPG tak ada exam, saja buat sibuk en), tapi tetibe je, seorang makhluk Allah kesayangan hamba, @Lobak Jingga, meng-tag saya di dalam entri dia yang terbaru setakat hari ini. oh, awak nak saya buat jugak ea segmen tu. awww saya taktahu nak cakap pasal apa. almaklumla kan, saya pendiam *terasa angin kencang bertiup dari belakang*

_____________________________________________.

buat jelah. demi awak, kerana Allah.

_____________________________________________.

*nak detect datang dari mana segmen ni, tapi link dia tak jelas, kaburr --''*

6 PERKARA TENTANG ANDA. ehh bukan anda, SAYA.
merapu jelah. boleh kan ? *senyum nampak gigi*

PERTAMANYA saya seorang manusia yang normal, punya dua lubang hidung, dua mata, sepasang bibir yang tebal di bawah *mungkin orang Kelantan parasnya begini*, hidung pesek, tak mancung, cacat kerna punya sebelah lesung pipit tapi tak pasti pada pipi sebelah mana malas nak tilik cermin muka.

KEDUANYA saya seorang penuntut di Institut Pendidikan Guru. mungkin bakal menjadi guru bahasa Inggeris suatu hari nanti dengan kehendak-Nya jika Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia tidak suka hati meminda perjanjian kami. mungkin.

KETIGANYA saya seorang anak mak walaupun merupakan anak sulung daripada enam orang adik beradik. suka hati lah en nak manja manja ngan mama ! hehe *senyum* dia, ratu teratas dalam hidup saya, cinta hati saya.  #ibu...bergenang air mataku, terbayang wajahmu yang redup sayuu *tibe --'

KEEMPATNYA saya seorang yang pendiam pada masanya dan banyak cakap pada masanya. hee. tampar muka berulang kali. tapi selalunya diam la , kot. sebabnya saya tak pernah tahu nak bercakap tentang apa dengan kawan kawan saya atau keluarga saya atau kawan rapat saya atau sesiapa sahaja. eh chop tipu. saya banyak cakap dengan kawan baik saya. *senyum sampai telinga*

KELIMANYA saya seorang yang sangatlaaaaaaaaaaaaaaah taktahu malu. haha. malu di sini bukan dari segi konteks pakai baju okeyy. ini dari konteks tak malu bertanya. saya mengamalkan dasar banyak bertanya , banyak tahu dan bukannya banyak bertanya , tak tahu malu. hakhak !

KEENAMNYA (saya ambil dari pendapat seorang senior dari sekolah lama saya, baco jolah demo weh)
-anda kurang waras. perangai gila-II. anda cantik. anda comel. anda baik. anda jujur. hehehe- dia cakap ini pendapat ikhlas dari hati. tapi saya sangat tak puas hati dengan tulisan biru tersebut. -.-''

haaaaa alang, saya seorang yang lasak, kasar, suka pakai crocs, pakai baju apa yang ada kat rumah (yang tidak melanggar syariat Allah spt mana surah AnNur, ayat 30&31), sangat suka makan laksa penang dan ketagih buat status ayat sedap dalam Facebook, sebab saya suka indahnya bahasa, serta ayat Allah. heh ini lebih kuota so hanya sebagai isi tambahan semata. 

hoi Lobak Jingga atau nama manja nya , Alang.

ini saya, Miejah yang _____________. *pandai pandaila kamu nak tulis paa, kata omputeh, fill in the blank. hehe huhu haha ok dah. sampai sini jaaaaaaaaaaaaaaaaaa. 

muka pelik itu seorang manusia berhati alien. 

domo itu saya dan patrick itu lobak jingga. 


haha.
undur diri bersama cinta di hati, sedih.
fi amanillah.