nota picisan


To my future hub - can you guard your heart for me ?

Dinikahi seorang wanita kerana empat perkara ; hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah agamanya, maka beruntunglah kedua dua tanganmu.

*credits ; encik gugell.

hartanya.
awak yang saya bakal sayang sepenuh hati, saya nak mengaku sikit. saya ni bukan lah orang yang kaya. keadaan dalam purse saya tak pernah nak membenarkan saya shopping lebih. semua benda saya nak macam nike air sandal, lomo camera, up wedges, tudung besar ehh hijab heliza* tak pernah saya kabulkan. sebab saya tahu ongkos dia memang tak membenarkan saya memilikinya. DOMO ADALAH DIKECUALIKAN. saya nih selalu berjimat sampai ada yang kata saya kedekut. haha. tapi takpa, untuk masa depan. apa apa pun, jangan rasa sayang pada saya kerana harta. apalah sangat yang saya ada. elaun 430 yang diberi kerajaan ? itu pun cukup cukup makan wakk...

keturunannya.
ehem ehem awak. jangan nikahi saya sebab keturunan saya jugak. nama saya RAJA NORHAMIZAH. yess. RAJA. tapi tu hanya penghias nama okehh. penghias nama. i repeat, penghias nama. hahaha. saya hanya orang biasa yang tidak punya apa apa keistimewaan macam anak raja sultan mizan yang walaupun gagal menembak botol dengan tepat tapi still menerima tepukan gemuruh oleh orang ramai. wahh :O 

kecantikannya.
awak sendiri tahu, kecantikan tuh boleh luntur dek masa yang kian berlalu dengan waktu. tak lama saya kerepot jugak. awak demand nak bini lawa macam siti nurhaliza, boleh. saya tak kisah. saya akan cuba melawa. untuk awak sorang je. tapi nanti tua, jangan pernah tinggalkan saya. haha dan asal awak tahu ye, saya tak suka mekap. walaupun cikgu kena pakai lipstick and mekap sikit sikit bagi lawa, saya still tak mampu. i prefer lip gloss and bedak johnson's baby je. hheuheuheuehuehuehue.

agamanya.
awak. ini bab yang memang dipandang serius. no kelakar kelakar. sedikit sahaja awak permainkan agama, saya boleh terus automatik rasa menyampah. serius. dan saya nak mengaku. saya bukanlah seorang yang bagus dalam beragama. agama saya teeet. entah. yang pasti saya bukanlah alim. jauh lagi distance saya dengan alim tu. saya sekarang ni masih sedang cuba membaiki diri saya. saya akui saya ni agak gila gila, tolol, mulut straight tak bertapis, tapi inilah saya. dan saya akan cuba improve diri untuk jadi yang terbaik buat awak. saya kalau buat sesuatu bukan tak fikir. agama yang first saya fikir. serius. * jadinya kalau nanti saya dah sememangnya jadi zaujah awak, bimbinglah saya dengan seeloknya. biar cinta kita sampai syurga. tapi sekarang, saya masih mahukan masa untuk improve. jangan propose awal awal. hehehehehehehehehehe

+++++ mama abahku. kawan kawan. 
itu. saya harap awak terima mama dan abahku saya. kalau awak sememangnya tak mampu terima diorang, shuhhh. pergi jauh jauh. jangan pernah cuba approach saya. kbai.
kawan kawan saya pun awak kena terima. saya ada kawan serata malaysia. -__- harap awak terima mereka seadanya. saya kawan dengan semua. kalau ikut kelas di sekolah, semua pun kawan saya. saya tak kisah awak nak cakap ohh kau no class kawan dengan orang camtuh, tak  kisah sebab mulut awak, tapi jangan mimpi nak approach saya. hahahaha.*pernah kena ni* -.-

++++++++++++kekurangan dan kelebihan saya.
kekurangan saya banyak sangat. harap awak tahu saya benci memasak. dan harap awak tahu saya masih dalam proses belajar memasak. semua rempah nak buat kari , sup , tumis , saya pandai. tapi bab menyiang ^%$^$%^$%. saya mungkin pengsan bila tengok darah @_@ so, harap tunggu dengan sabar. saya relakan diri menempuh dugaan menghadap ikan ikan di dapur serta ayam dan daging demi awak seorang.

saya tiada kelebihan.


ohh. dan saya tak mengenakan syarat bila awak mahu mengahwini saya. tapi. sila setia. jangan curang dan jangan menipu. bahagiakan mama dan abahku saya seperti mana awak mahu parents awak bahagia. saya anak perempuan dan anak sulung. maka saya harap awak juga memahami tanggungjawab saya sebagai anak sebagai mana saya akan memahami tanggungjawab saya sebagai isteri kepada awak.


if everything is enough, and you can bear my behaviour, and everything which is related to me,
Lillahi Ta'ala, i will love you, undoubtedly, forever, bi iznillah .


p/s : kalaupun awak tak mampu hafaz surah panjang yang lain,
        tolonglah hafaz surah as Sajadah. saya rindu bacaan surah itu dalam solat subuh.

saya rindu untuk bertemu awak suatu hari nanti. 
**ini tulisan untuk jodoh 10 tahun lagi, insyaAllah**


sekadar perkongsian rasa.
harap tak ada yang terguris hatinya.
saya tak mampu ubatkan balik.
saya bukan doktor, cuma bakal guru.

salam sayang,
RAJA NORHAMIZAH.
13 Januari 2012.